Setelah beberapa kali aku join tournament badminton, akhirnya dapat jugak menang walaupun x dapat emas. Haha… dapat perak pon jadi le. Yang bestnya dua2 dapat masuk final. Single ngan Double. Penat memang penat tapi seronok je, tolong meriahkan lagi pertandingan yang student wat. Aku saje je masuk single sebab xde partner mula-mula. Lagipon xde staff nak masuk.
Menang pon sebab nasib je. Budak-budak masum ramai x masuk so ade la can masuk final. Kalah pon kat student sendiri je. Double kalah ngan staff sendiri, kira orait la. Ape pon, single masih hutang satu game sebab kitorg lawan satu game je pastu aku mengalah sebab da penat gile men 3 game single, 4 game double. haha… Thanks kat mechapro sebab anjur pertandingan ni!
Posted on on April 1st, 2009 in
Interests |
No Comments »
Ngeh-ngeh-ngeh… di kala mnggu peperiksaan kian membahang pelajar-pelajar, aku dengan rileknye membuat blog. hahaha…ntah da takde keje sngt la tu… sedap-sedap je mengarang. sementara belum ade keje yang byk, leh la blogging. da byk keje nnt terabai cam dlu, sampai lupe cmne nk masuk id, password semua.haha… pape pn, jemput berkunjung ke blog hamba… greatshark.blogspot.com
datang jgn x dtg…
Posted on on November 9th, 2008 in
Latest News 'bout me!! |
1 Comment »
masa terus bertingkah, sedar x sedar da masuk minggu kedua aku kat UMP. selama lebih seminggu da aku duduk menganga kat lab Fakulti tanpa apa-apa keje. disebabkan aku melapor diri dikala penghujung semseter, aku tidak diberi ape-ape kelas untuk dijage.haha…budak-budak pn da sibuk ngan exam.pilihan raya kampus pulak tu. memang saat2 indah aku la ni.hidop dengan rilek dan aman. jesteru itu marilah kite menjadikan sikap bermalas-malasan, satu amalan yg sihat.hehe
Posted on on October 14th, 2008 in
Ngabang ko'se |
1 Comment »
datang ofis rilek…asal datang ofis je rilek.asal rilek je datang ofis…
ape aku wat, aku pn x tau.duk main tenet je.huhu…memang keje idaman betul la.hari2 camni kan best…heeee…
Posted on on October 12th, 2008 in
Ngabang ko'se |
No Comments »
ya Allah…lamenye x memerah otak untuk menulis. kesibukan kerja di industri sebagai jurutera yang dihambat sejuta tugasan membejatkan minda menjana kata-kata untuk berbicara, memperlahankan tari jemari di paku kekunci. lepas ni insyaAllah, segala-galanya perlu dipulihkan segera demi memenuhi tuntutan kerja baru sebagai Tutor di Universiti Malaysia Pahang dan selepas tu insyaAllah akan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
sape-sape pun suka bertanya mungkin sekadar ingin menduga atau berniat mencemuh (wallahualam) kenape berenti keje kat Sime tu? kenape gatal2 nak jd lecturer ni? sejak bile plak ade niat nak further study ni?
semua org tanye macam tu macam tak percaye je… bukan ke semua tu ade yang lagi bijaksana yang dah tentukan. klu bukan sebab Dia, x sampai da aku ke mari. hatta x bergerak aku kemana2 pn.
haha…asalkan ade yang menyokong n ade yang membantu. yang lain tolak tepi…
Posted on on October 7th, 2008 in
Latest News 'bout me!! |
1 Comment »
alhamdulillah…kuar jugak buku yg aku duk tunggu dekat setahun ni…pelengkap trilogi bagaikan puteri dan cinta sang ratu karya ramblee awang murshid. penyudah yang agak menarik tapi aku lebih prefer klu watak laksamana sunan tidak dihentikan sekadar 3 buah buku. kalau JK rowling blh angkat watak Harry proter sampai banyak cerite(aku sendri x tau berape) dan menjadi salah satu watak glemer dalam dunia sastera omputih, kenapa tidak ramlee mengangkat watak SAIFUDDIN @ Laksamana Sunan utk beberapa buah buku lagi…
Ape yang membanggakan adalah Ramlee berjaya sekali lagi menTwist karyanya ni sehingga tekaan aku tentang endingnya salah lagi. dek kerana aku melihat watak sunan yang sangat hebat, aku x menjangka perkara-perkara yang… ish..korang kene bace sendri la..hahaha
pape pon citer die memang best n walaupun aku vote cinta sang ratu yg the best..so sape2 x bace lagi blh la cari..set…
Posted on on September 6th, 2008 in
Interests |
2 Comments »
huh…stlh sekian lame aku bergelumang ngan duni belajar, kuliah, assigment, projek…akhirnya, pada 31 mei yang lepas iaitu pada tahun 2008 ini, tamat la segala penderitaan aku selaku sorg pelajar…
penat gak blajar ni rupenye
pasni keje lak..huhuhu…penat lg..
tp tu ar idop, xkn nk makan tido je kn..hehe…
Posted on on June 7th, 2008 in
Latest News 'bout me!! |
No Comments »
test midsem dah abis…tinggal presentation untuk design city vehicle dan report skit utk dihantar…
lepas ni cuti seminggu. aku nak balik rumah…haha…
dah setengah sem aku duk kat final year nih, psm aku xgerak-gerak jugak, pemalasnye aku…(maklumla, presiden kelab pemalas)
lepas midsem kene rajin sket, cam nak kene bubar je kelab aku nih, tapi sayang gak, orang tengah ramai apply nak jd ahli.
xpe2, demi kemaslahatan bersama.
setengah sem ni duk gile tengok cter lawan2 dari indon pedang ulung la, rajawali dari utara la, walet merah la…haha, n my favourite,
karmapala, kisah dari epik mahabrata adaptasi dari hikayat seri rama. best je citernye walaupun aku da tau ending dia. haha…
bulan ramadhan da dekat…syaaban pun da tinggal 15 hari. minggu al-quds kat kampus skrg. kalau ada rezeki, umur panjang,
ade la kesempatan aku menjenguk bulan penuh berkat ni.
bulan puasa tahun lepas, ade org tu die pergi pasar malam jalan kaki. da sampai sana pitam…(pastu x bgtau ape pon kat aku).
nasib baik member die datang ngan kawan yang ade kete, blh antor die balik. huhuhu…jangan diulang lagi begitu Yuna Dewi, bikin Kanda
gawat aja…(slang rama wijaya) haha…
Posted on on August 28th, 2007 in
Ngabang ko'se |
No Comments »
Kebingungan
terasa amat membatasi fikiran muda yang biasanya dipengaruhi darah muda yang
panas. Lantaran itu tindakan remaja di usia ini selalunya akan tampak pincang
dipandangan mereka yang lebih arif dengan asam garam kehidupan. Namun bisikan
sabda RasulNya sudah pasti dapat melenturkan seterusnya memelihara kewarasan
akal sejajar suruhan Allah dan KekasihNya itu
“Bukankah Aku telah perintahkan
kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya
dia musuh yang nyata terhadap kamu!.” Yasiin:60
Larangan yang
jelas nyata itu amat memahami kelemahan jiwa dan hati manusia. “JANGAN
MENYEMBAH SYAITAN.” Sembah itu bukan bererti menundukkan kepala atau sujud
kepada makhluk yang dilaknat itu, ia termasuk menurut kata, mendengar bicara,
bahkan akur pada bisikan halusnya juga berbahaya. Perlukah kita sebagai hamba
Allah yang dimuliakan ini memberi ruang kepada makhluk yang dihina Allah untuk
berbisik kepada kita? Apatah lagi menjadi teman pada kita. Berdua itu bukan
sekadar mendengar bisikan, tapi melantik syaitan menjadi teman ketiga.
Sungguh, hati
ini sedar. selama ini ia cuba sedaya upaya menjaga apa yang termampu. Bukan masalah takut atau berani, tapi
mencabar tegahan Allah balasannya Murka dariNya. Tunduklah pada kuasa yang maha
agung. Peliharalah solat, kerana itu perkara pokok dalam kehidupan insan.
Syukurilah rasa malu yang Allah suburkan dalam hati kita kerana ia membatasi
pergaulan, menjaga hati, dan memelihara iman. Hati ini selalu berharap agar ia
tidak akan pernah gentar dengan kebenaran. Takut melakukan kesalahan.
Wahai temanku,
aku tahu kau mengerti bicara ku ini untuk mu. Kucuba menyampai mana termampu,
jika bukan banyak barangkali sedikit, jika bukan sedikit barangkali sekelumit,
jika bukan sekelumit barangkali kesannya akan melekat jua di hati. Kita
sama-sama menasihati diri kita. Pelihara diri, jagalah hati, mantapkan iman.
Aku akan lebih gembira jika satu masa kau menjadi penyambung kerja para anbia,
penyambung risalah suci ini, biarpun takdirnya, kita tak dapat bersama di jalanNya.
Sungguh aku tak berniat memaksa tetapi jika begitu kesudahannya dan jika itu
suratan takdirnya aku yakin kita akn bertemu teman sepejuangan yang lebih baik,
dan perjuangan kita insyaAllah akan menjadi lebih ampuh.
Great Shark, Saladin
II
Posted on on August 5th, 2007 in
Ngabang ko'se |
No Comments »
Great Shark…memang bunyi cam ganas sangat…Jerung Gergasi, pemangsa paling rakus di lautan.
tapi jangan risau, samaran je…(bukankah panglima ternama islam juga menggunakan gelaran Singa Allah) bukan bermakna aku bni seganas pemangsa laut dalam tu…so, jangan risau rakan-rakan ku sekalian…
La ni kita kena tumpukan segenap tenaga untuk bukan sahaja menentang penjajahan yang ingin dilakukan oleh musuh isam, tetapi juga, berusaha mencari jalan untuk membebaskan( Islam tidak menjajah, tapi membebaskan) ibu kota-ibu kota mereka dengan sinar Islam. untuk itu, rakan-rakan ku…nama ganas ini akan ku gunakan untuk membantu membangunkan Teknologi Kejuruteraan islam, demi islamisasi sejagat.
Ayuh rakan-rakan…ayuh………..
Posted on on July 6th, 2007 in
Ngabang ko'se |
No Comments »